Wednesday, July 22, 2009

syurga cinta

kadand-kadang allah sembunyikan matahari,
dia datang kan petir dan kilat,
kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari,
rupa-rupanya allah memberi kita pelangi..

dari mata turun ke hati

1.hulurkan tangan
-setiap kali u all memulakan sesuatu perkenalan,jangan lupa untuk menghulurkan tangan dengan berjabat tangan sebagai tanda perkenalan

2.dari mata turun ke hati
-eye contact perlu ada sewaktu berinteraksi dengan kekasih di dalam komunikasi

3.ikhlas
-pretending to be nice never work out.seriouly!

4.serba tahu
-pastikan u all mampu memberikan first impression yang terbaik

5.fokus
-jangan sampai...badan ada di situ tapi fikiran pula melayang-layang!

6.jadi diri sendiri
-memiliki keinginan untuk memberikan maklum balas dalam setiap topik yang di bualkan oleh bf/gf memang bagus tapi jangan sampai u all di "cop" sebagai profesor serba tahu oleh bf/gf

7.penampilan itu penting
-semua orang sukakan sesuatu yang menarik.betulkan?sungguh pun begitu,u all perlu faham bahawa sesuatu yang menarik itu tak semestinya cantik.

my soul

I saw u crying yesterday in the dark,
I want to be there,
kiss u with all my heart,
and never let u go...

we were made to be together,
that's our destiny,
every single pain u felt,
i will felt it too..

and i hate this feeling,
being alone in this world,
without you smile,
without you love...

lend me your soul,
hear my voice,
singing our love songs,
through the cold night...

hantarkan isyarat cinta

1.curi pandang pada dirinya
2.senyum padanya
3.kerap berselisih/bertembung
4.tunjukkan keistimewaan
5.buka peluang berbual
6.kongsi jenaka
7.bersama melakukan kegiatan luar
8.tidak rugi memuji
9.komen&perhatikan pada fizikalnya
10.kata setuju&suka

permata idaman lelaki

1.boleh bersendiri
2.bijaksana
3.cantik
4.saling menghormati
5.dorong kekasih menjadi lelaki sebenar
6.kurangkan mengkritik
7.selesa mesra bersama keluarga&teman
8.saling mencintai
9.anda menjadi dia lelaki hebat

prakata

cinta memang indah dan sesuatu yang mengasyikkan!ada ketikanya,kita rasa hidup seperti di awang-awangan kala berkasih sayang.ada waktunya,jiwa terasa nanar,hati rasa sengsara dan cinta bagai membunuh segala-galanya!namun atas nama cinta,rindu dan sengsara itu tetap manis di simpan dalam hati.biar pun jiwa rentung terbakar.
cinta juga mampu menjinakkan jiwa yang liar serta membasuh hati yang penuh dendam.cinta itu juga ada ketikanya cukup halus dan mulus sehingga berupaya mententeramkan perasaan yang penuh walang.keindahan yang di nikmati membuatkan kita terlupa dunia.bagai terhapus segala cerita dunia yang penuh kezaliman dan kejahatan.
cinta juga adakalanya merupakan ketakutan dan kegusaran jika kita gagal memiliki si dia.itu petanda dunia cinta itu berbeza,ada simpang yang memisahkan.namun,cinta yang penuh magik memacu dua hati bertemu dalam dunia yang penuh bunga-bungaan.kelak cinta yang tumbuh dari hati yang gusar itu mampu menjulang tinggi menggapai bulan dan bintang di langit.
cinta itu ada waktunya adalah sengketa dan keangkuhan.keindahannya tersembunyi di sebalik kabus kehidupan.biar berbalam,namun tetap cantik dan mampersonakan.pencariannya bagai tiada penghujung dan persengketaan melukakan jiwa,namun bukan mustahil menanti saat yang terang di sapa mentari yang menyakitkan itu mematangkan jiwa dan mendewasakan cinta.

La Dolce Aurora "sweet of aurora"

tika ku terkenang kau,
ku pasti akan tersenyum,
tika ku tidak mendengar suara,
aduhai....rindunya aku padamu....

tanpa...ku terasa sunyi sekali,
tanpa...hatiku menjadi gundah-gulana,
adakah itu namanya cinta?
cinta yang kucari selama ini?

ku rindu padamu...
ku rindu gurau sendamu...
ku rindu gelak tawamu..
ku rindu segala-galanya..

lafazkanlah...
lafazkanlah kau cinta padaku...
baru ku tahu nilai sebenar cintamu...
ku harap cinta yang akan kau berikan...
akan memberikan kebahagiaan kepada kita...
buat selama-lamanya...

Sunday, July 19, 2009

pEnGeNaLaN dArI La DoLcE aUrOrA

dari kecil lagi saya suka melihat bintang2 berkelipan di langit pada waktu malam.dan saya akan menghitung satu persatu bintang2 yang ada di langit kerana langit kelihatan cantik kerana di hiasi bintang2 kecil&sederhana besar berkelipan mengelilingi bulatan bulan.ketika keluar berjalan saya singgah ke kedai menjual dvd,saya lihat ada cerita yang menayangkan filem berkenaan bintang....diarahkan oleh nayato fio nuala bertajuk "kangen" yang di bintangi artis indonesia iaitu bunga cinta lestari dan reuben e.hadju.saya semakin tertarik dengan bintang selepas menonton cerita itu.cerita itu mengisahkan:-
imel(bunga cinta lestari)baru berpindah dari jakarta ke bandung untuk melanjutkan kuliahnya.ia bertemu dengan tian(reuben elishama hadju)seorang pemuda serba cuek.perkenalan mereka diawalnya dengan pertelingkahan kecil,namun justeru membuat mereka akrab.lama kelamaan cinta pun tumbuh.kehadiran bekas teman lelaki imel,jacky(nino fernandez),sempat menjadi penghalang.tapi,cinta antara imel dan tian terbukti lebih kuat.
di latar belakangi keindahan alam kota bandung,imel&tian menikmati kebersamaan dan keakrapan.tian sangat menyukai bintang,dan dengan tekun mempelajari gerakan-gerakan bintang di langit,seolah-olah bintang-bintang itu pula menjadi saksi cinta mereka.
jadi tidak rugi jika kita jugak mempelajari atau melihat keindahan alam semesta selagi kita masih bernafas di dunia yang fana ini.

titian kehidupan

kehidupan penuh dengan onak duri dan panca roba yang belum kita ketahui.....mungkin kita sentiasa mengimpikan kebahagian tetapi kadang-kala terpesong dari landasan yang kita impikan....
mungkin umur seperti aku masih tidak kehidupan dunia,mungkin aku akan hidup dengan "diulit mimpi yang bahagia...tetapi aku silap sama sekali...."
pada umur aku yang berbelasan tahun,aku sudah harus memikul tanggungjawab sebagai seorang anak yang harus mencari rezeki untuk keluarga.
kehidupan aku tidak seperti rakan2 sebaya yang lain.aku terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan wang menampung kehidupan keluarga ku yang sederhana.tapi aku bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang sihat.
pelbagai tekanan,dugaan,cabaran,dan liku kehidupan yang perlu aku tempuhi .aku bersyukur kerana masih ada tempat untuk aku mengadu dan mendapatkan kasih sayang.peristiwa yang membuat aku terlampau sedih dan pilu ketika ada "krisis di antara keluarga".aku betul2 tidak dapat melupakannya sampai sekarang.aku baru sahaja merapatkan jurang yang sudah lama renggang di antara kedua belah pihak keluarga...pelbagai kaedah yang aku lakukan tetapi ganjaran yang aku adalah sia-sia sahaja...
hanya satu perkara yang membuat aku masih berdiri teguh di kaki sendiri sehingga sekarang dengan kata2 semangat daripada seseorang,iaitu...
"u need to be a smart be for u can be a tough girl".....dan "tempuhi cabaran dan dugaan itu,kerana awak menjadi contoh dalam keluarga dan menjadi perubahan keluarga awak kepada kebaikan"......aku sedar dan berharap 1 hari nanti cita2 dan impian ku akan tercapai untuk melihat kebahagiaan,keakrapan serta silatulrahim dapat terjalin dengan mesra.